I don't know why but a Malay woman my age (early 30s) would be called "kakak", which is the equivalent of "sister" by a young 20-year-old Malay but the moment they see this Chinese-descent-me of the same age as the earlier "sister", 9 out of 10 times, they will address me as "auntie" instead. That would be the equivalent of "makcik" in the Malay language - usually we reserve this for people who are at least 20 or more years older than the person who say it out of respect.
I understand that calling me "Auntie" is like bestowing me the respect that is much better than "Oy" or "eh" but I cannot stand it after some time and yes, I am irked!
BM (Bahasa Malaysia - Malaysian national language) post ahead.
Mengapakah saya dinaikkan 'pangkat' dan sekaligus, ditambahkan 'umur' saya hanya kerana saya seorang Cina dan bukan Melayu?
Memang betul nama saya Cina, ibu bapa dan seluruh keluarga saya Cina, bahasa ibunda saya di rumah Cina dan darah saya memang Cina, tapi darah saya berwarna merah juga, saya dilahirkan di Malaysia, tanah air semua rakyat Malaysia, malah, saya TIDAK PERNAH menghadiri sekolah Cina - ibu saya menghantar saya ke sekolah kebangsaan dan Bahasa Melayu merupakan bahasa formal pertama saya sementara Bahasa Inggeris bahasa kedua saya sejak kecil lagi.
Saya membesar dengan memori mencuit hati selama ENAM TAHUN di sekolah rendah dengan kawan-kawan bumiputera di Sarawak, termasuk dua orang kawan Melayu dan seorang lagi lelaki Cina di dalam kelas saya. Saya masih ingat lagi, cara kami menyebut sukukata adalah dengan begitu bakunya sekali. Sa - Saaaaa Ya - Yaaaaa. Semua itu berubah dengan asimilasi masyarakat apabila kami masing-masing membawa diri ke sekolah menengah yang berlainan, dan percaya atau tidak, saya hanya mula bertutur Bahasa Melayu Sarawak, dialek unik negeri Kenyalang dalam Tingkatan Satu.
Bahasa Melayu saya adalah lebih 'mantap' berbanding bahasa ibunda saya kerana saya sekadar pandai bertutur Cina tetapi sebenarnya hanya mengenali beberapa patah perkataan setaraf budak Tadika kerana tidak pernah menerima pendidikan formal Bahasa Cina. Cina celuplah saya ni.
Oleh itu, sila bercakap dengan saya dalam Bahasa Kebangsaan. Saya amat selesa bertutur dalam Bahasa Kebangsaan kita. Janganlah hairan jika anda mendengar pertuturan petahku, memang Bahasa Melayu bahasa pertama saya sejak kecil lagi, teman sepermainan saya semuanya bertutur dalam Bahasa Melayu, sehingga sekarang.
Tidak payahlah anda tergamam apabila ingin memasukkan saya ke dalam 'kategori kaum stereotaip' tetapi anda ragu-ragu sebab saya suka mengenakan pakaian tradisional Melayu seperti baju kurung dan baju kebaya labuh.
Apabila anda memulakan sapaan dengan Bahasa Inggeris, saya menyapa dengan "Apa Khabar?" "terima kasih" dengan tiada pelat langsung, tidak payahlah anda bertanya, "Eh, Cina ke Melayu?"
Selalunya, saya menjawab soalan itu dengan senyuman, sekadar bertanya balik "Mengapa? Penting ke? Saya orang Malaysia," selalunya mereka akan kebingungan.
Entahlah. Rasanya semangat 1Malaysia masih tidak dapat betul-betul dihayati sepenuhnya sekiranya kita masih di takuk lama.
Malaysia bukan semata-mata hanya ada TIGA kaum utama! Bagaimana dengan kaum-kaum/etnik lain di Malaysia Timur?
Seperti mana kami di Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu mengenali yang Pulau Pinang dan Melaka pernah menjadi Negeri-Negeri Selat dengan Singapura, serta sangat jelas yang Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan, mengetahui yang Rantau Panjang terletak di Kelantan, adalah adil dan TIDAK KETERLALUAN untuk anda mengetahui yang Iban adalah kaum majoriti di Sarawak dan BUKANNYA Sabah, begitu juga satu lagi pengetahuan am yang kaum Kadazan berasal dari Sarawak, BUKANLAH, dari Sabah ba!
Untuk mengatakan Sabah dan Sarawak adalah tempat dan negeri yang sama, dan apabila dibetulkan, anda mengata "TIDAK MENGAPA" kerana anda salah anggap, Tidak Boleh dimaafkan! Adakah Johor dan Perlis negeri yang sama? Kerana itulah perbandingan jarak secara kasarnya di antara Tip of Borneo di Sabah sehingga ke selatan Sarawak.
Cukuplah leteran saya yang panjang ini. Nanti dikatakan saya ingin mencetuskan isu perkauman pula. Ini hanya rintihan hati dan keluhan naluri yang terpendam selama ini. Saya cintakan tanah air ini, kita sebenarnya tidak banyak berbeza, mengapakah perlu terus membezakan sesama sendiri dan mengkategorikan semua insan ke dalam acuan lama?
Majulah Malaysia mengikut peredaran zaman. Semoga doa ikhlas ini untuk mencapai Bangsa Malaysia yang aman dan betul-betul harmoni dan muhibah, termakbul juga suatu hari nanti.
Anda mungkin tertarik untuk membaca hasil nukilan seterusnya: http://suesanctuary.blogspot.com/2012/08/3m-membaca-mengira-dan-menulis-bahasa.html
2 comments:
"Malaysia bukan semata-mata hanya ada TIGA kaum utama! Bagaimana dengan kaum-kaum/etnik lain di Malaysia Timur?"
omg omg exactly like what i think of!!! i really hate it when they say Malaysia consist of malay chinese indian, then what about east malaysia?!! & one more thing, i find it's very offensive when they called sabahan sarawakian as jungle people, they are so ignorant..d@mn...
Thanks for your comment. I think we are still very far from 1Malaysia, especially when they treat Sabah and Sarawak as 'strangers' they'd rather not know.
Post a Comment